Thursday 11 September 2014

Rindu.

Keluarga Tercinta.



Assalamualaikum. AllahhumassalialaihiMuhammad. Walaupun aku lelaki, aku pun rindu family aku gok. Tapi setakat ni takdelah homesick sebab dah sebulan setengah duduk PLKN BHR dulu. Well, dah besar kan dah matang, so taknak lah cakap. Kekadang tu call je mak nak tanya khabar. Tapi taknak lah cakap rindu. Malu.... Hahahaha. Cerita pasal PLKN pun kan. Aku rindu jugak isi isi dalam BHR tu. Terutama sekali, bebudak kompeni Delta lah. Banyak kot kenangan. Dekat situlah bermulanya peningkatan dalam kematangan diri. Menangis juga call mak ayah. Sebab time tu depa nak pi umrah. Dan time tu kes MH370 tu pulak. Lagi lah risau. Ayah baca doa yang dia akan baca depan Kaabah nanti. Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut ayah. Terus menangis aku. Mak ayah pun mengangis. Pertama kali selama 18tahun aku hidup, aku denga ayah menangis. Demi Allah, aku menangis bagai nak rak. Sampau bebudak ni tanya kenapa time roll call malam. Nampak ngat muka lepas nangis. Time tu pulang phone dah. Sedih. Dan sekarang, masa untuk aku banggakan mak ayah aku. Since aku tak perform well masa PMR dengan SPM. Ayah mak, insyaAllah 4flat dan adik bawa balik Dean List nanti. Amin.

1 comment:

Friendzone-d

Assalamualaikum pepol. Hisashiburi. Lama tk ngupdate ini blog, berabuk sudah. Hihihi. Korang apa khabar? Sihat ke? Kalau sihat tu Alhamdulil...