Assalamualaikum kawan kawan ku semua hihihihi. Alhamdulillah, kini aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Iaitu peringkat ijazah. Aku masih lagi tak percaya yang aku dah further study sekarang. Rasa macam mimpi tau hahahaha. Btw, semuanya dipermudahkan di sini. Kawan2 pdt pun ada dapat sini tapi susah nak jumpa diorg. Haritu je ada main basikal sama. Nak tercabut jugak lah lutut aku HAHAHAHA. Hm as we expected before. Life in University memang best. Tapi hakikatnya, stress gila bapak. Aku baru je start class tak sampai seminggu dah rasa stress macam belajar bertahun lamanya. Entah. Culture shock maybe. Yelah dekat matriks dulu semua suapan dari lecturer. Sekarang life uni semua kena berdikari. Homesick takyah cerita lah. Banyak kali dah. Tapi aku agak 2 bijak untuk kendali homesick yg boleh dikira sebagai hobi jugak lah 😂
Oh btw, course ni memang aku minat sebab ada related dengan chemistry. But, permulaan syllabus topik sem1 sem2 kot. Mana nak ingat. Bila lecturer suruh present, sumpah aku blank habis. Aku tkpernah bercakap lagi setakat ni dalam presentation. And course aku ni tak ramai lelaki so kami yg 7orang lelaki ni boleh dikatakan selalu jadi target lecturers tau adei. Pupus betul lelaki dalam course ni. Kau bayangkan eh. Satu class ni nama dia Inorganic Chemistry by Dr Sheela. Dia masuk2 je kelas terus suruh present tau. Yes she did told us baca dulu sebelum masuk kelas. Dia expect kitorg ingat lagi agaknya so dia proceed je lah class tu. Group aku diberi topik yg sangat kecil je. Walaupun kecil, susah bapak nak explain do. Siyes ah. Aku takleh brain do cara Dr Sheela pakai. Takley ikut.......
Serabut ah do. K ah gerak luh pape roger k. Assalamualaikum 😘
Wednesday, 7 September 2016
Friday, 5 August 2016
Hai gais. Lama gila bapak tak update blog. Hahahahahahahaha. Last update sem2 lol. Sekarang dah habis matriks k. Tak lama je lagi result upu, usm, um apa segala jadah tu keluar. Aku pun biasa lah. Cuak tak memasal. Mula lah rasa nak berak, nak muntah lah sakit perut lah lol. Sekarang ni sugul sebenarnya. Nak pilih usm ke upm. Usm tu course sedap kot (polimer engineering) nyesal gila tak apply course ni dekat upm hahahahaha. Takpe lah i redha jela. Sekarang ni kat luar ni. Pergh nak cerita lagi satu hal. Sijil muet i hilang. Seb baik sempat gi mpm (majlis peperiksaan malaysia) kalau tak tu takmasuk uni lah gamaknya. Yknow what? Penyata+sijil overall RM60 pergh kopak abang. Baru je dapat duit tau time tu. Dah habis bodo gitu je. Dengan beli topup lagi huh. Kk gerak lu paper roger. Sampai sini je dulu tau. Nak main pokemon jap. Bye 😂
Tuesday, 2 December 2014
SEM II
Lanje sikit gambar semII(Biarpun tadi selfie kahkahkah)
Well, pejam celik pejam celik dah masuk semII dah dekat kmpp ni wei. Kejap je rasa. Macam baru semalam daftar kahkahkah. Now, menghitung hari nak dapat result.
Wednesday, 15 October 2014
Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.
Hmmm. Dah boleh count dah actually berapa hari je lagi nak PSPM. Al-fatihah dekat diri sendiri sebab taksedar sedar lagi PSPM just around the corner. Ahhhhhhhhhhhhhhhh! Kenapalah? Rasanya macam mustahil je nak dapat 4flat ni. Aku masih tak yakin lagi ni yang aku boleh perform ke tak PSPM1 ni. Takut doh.Entahlah nak. NAk taknak kena jugaklah acacah sedarkan diri nak dekat PSPM ni haaa. Rasa macam buang tebiat pulak bangun tetengah malam pepagi buta study. Padahal banyak je masa nak study. Heh. Aku anggap masa yang panjang pepetang lepas habis kelas tu masa tidur aku. Kahkahkah. Yelah. Malam nak bangun lagi. Mampuih lah aku kalau taktidur "sekejap". Memang nak bangun study tu, tak tentu hala lah kalau tak tidur. But, ambisi aku selama dekat sini, aku nak challenge pointer budak H. Aku akan buktikan bahawa budak F lebih baik berbanding dengan budak H dengan budak K. Challenge pointer kaklong lagi. Entahlah. Approximately about 11 hari lagi. Tolak mandi makan minum main internet lagi. Tinggal berapa hari je. Tolak lagi cuti. Haaaaa memang berapa hari jelah. Serious. Berapa hari nak PSPM dah boleh kira pakai jari dah. Dahlah. Sampai disini sahaja lah. Assalamualaikum :)
Thursday, 9 October 2014
Hati.
Well. Aku selalu bermasalah dengan hati. Since dari dulu lagi aku selalu jadi orang tengah. Sakit wei sebenarnya jadi orang tengah.Asalnya dulu nak jadi orang tenagh sebab aku suka dekat budak perempuan tu. In order nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan kawan lelaki yang lain. Kebetulan budak lelaki tu kawan baik bakhang. Well, seriously, hilang rasa suka tu. Then dulu time kerja pizza. aku suka budak nama Aida. Then nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan budak kitchen. Hazwan. Aida tu budak service sama dengan aku. Now pun sama juga. Aku taknak lah mention nama. Bila aku nampak, rasa sakit hati gila. Ayat tu kalau boleh nak sehabis manis walaupun main drum tanpa kayu dia(hahahaha fefaham jelah ibarat bertepuk sebelah tangan kan tak berbunyi. Ni main drum tapi takde kayu ha gitulah nok). Sedarlah nak. Jangan yang dikejar takdapat, yang dikendong berciciran. Aku naik meluat bila dengar. Ada satu malam tu, pukul 2.00pagi. Serious lah. Memang spoil. Aku fed up, aku bangun pergi study. Lepastu diam seribu bahasa. Aku takbercakap langsung dengan sesiapa biarpun rumet aku taktidur lagi. Well, meng-anti sosial kan diri lah katakan. Dah tengah marah kan, aku malas nak bercakap. Kang takpasal pasal budak tu kena marah dengan aku. Lepastu, pagi tu bangun lambat. Mengelupur bangun pergi mandi. Dahlah malam tu spoil sebab alarm Hafiz, dengan ko lagi. Dengan keling memekak dekat C5. Bercakap tu kalau boleh nak satu KMPP ni dengar. Kepala hotak ko. Memang kira tu hari suir lah katakan. Then ambil keputusan ajak syafiqa pergi makan dekat LV. Aku makan nasi pataya dengan 3biji burger. Yelah aku stress melantak. Hahahaha. Aku luahkan perasan dekat syafiqa. Yelah syafiqa macam ustazah kit en. So ustazah kit en. So dia pesan, baca doa tu seikhlas hati, baca Al-Quran tu. Then terdetik di otak, mungkin doa aku tak diterima. Aku cakap dekat syafiqa. Then she say :
Lepas tu dia sambung dengan lawak hambar dia. Memang kenalah gelaranRatu Hambar tu dengan dia (Hahahaha)
''Mungkin doa ko tak sampai kot. Maybe wudhuk ko tak sempurna, tak betul. Mandi wajib tak kena cara
ke."
Lepas tu dia sambung dengan lawak hambar dia. Memang kenalah gelaran
"Kau nampak apa eh Fakhrul dekat tasik tu?"
Aku pun jawab semula :
"Takdek apa pun yang aku nampak wei. Kenapa?"
Dia jawab semula :
"Dah tentu tentulah ada ikan aduu hang ni ( angkat tangan sign "apalah")
Aku macam terfikir. Apa kena mengena perasan aku dengan ikan dalam tasik?! Hahahaha syafiqa ratu hambar sekali dengan merepek. Entahlah. Aku ni jenis cepat naik angin. Line internet lembab pun rasa macam nak campak phone tu ke tingkat bawah. Dengar lagi pulak ko bergayut ke mende whatsapp sengih sensorang. Rasa sakit hati. Yelah mana taknya. Whatsapp dengan orang yang kita pernah suka. Walaupun kita suka bebiasa je sekarang takmacam dulu. Still lagi sakit hati bila orang lain whatsapp dengan orang yang kita pernah suka dulu. Entahlah nak. Aku pun kekadang takfaham dengan diri sendiri. Pelik. Dahlah melalut je menaip. Hahahaahaha. Blog aku ikut suka aku lah kan? Wkwkwkwwkwk Assalamualaikum. Chaw dulu :)
Wednesday, 24 September 2014
Luahan Hati.
PST & PDT
Assalamualaikum. Syukur masih berupaya menghirup oxygen di dunia ni. AllahhumassalialaihiMuhammad. Kenapa perlu ada border antara kami PDT dengan PST? Dengar cerita ada budak PST ACCOUNT memperkotak katikkan PDT? Kami punya subject lagi complicated berbanding dengan account tu. Apalah masalahnya nak bash bash orang? Kami takpernah pun nak bash korang kan? BUkan je Account, PST Science pun ada gok yang merendahkan PDT. Alah ada je budak dari PDT yang 7A tapi 1D. Yang membezakan kita cuma addmath je. Yang dari PST, ada je dapat 2A tapi addmath tu atas daripada C. Masuk je PST. Jadi tiada apa yang membezakan kita. Jadi takperlu lah nak berlagak sangat kalau korang dekat PST. Amende lah. Ukhwah tu terletak di mana? Cuba fikir. Kita ni sesama umat Islam umat Muhammad SAW. Mana terletaknya Ukhwah itu? Orang kata, hidup jangan nak riak sangat. balasan Allah tu kita tak tahu macam mana dan dalam bentuk apa. Jadi fikir sebelum bertindak. Aku yakin. Ada gok cikgu yang memandang serong budak budak PDT. Kami bukan anjing kurap ye. Kita sesama manusia. Dari tanah jugak kita kan? Kenapa nak pandang serong ye?Sampai ke tahap cikgu nak pandang serong takboleh nak kata apa lah. Kami belajar 15bab PST belajar cuma separuh dari kami. Kami belajaq lagi mendalam. Cikgu PDT sendiri cakap yang lambat laun budak budak PST akan datang study dengan budak PDT nanti. Takpelah. Orang baling taik kita balas balik dengan bunga. Susah rasanya nak jumpa orang yang bila dibaling taik, nak baling bunga semula. Odd. Kalau aku sendiri, bila orang baling taik kucing, taik gajah aku suap dalam mulut hang. Hahahahahaha. Emo kit. Sorry lah. Siapa takrasa naik angin bila orang pandang rendah, perkotak-katikkan kita. Cuba jawab. Kalau chualls pun, confirm naik angin gok. Gitulah aku. Rasa nak pi tumbuk muka manusia yang pandnag rendah budak budak PDT ni. Ingat. Balasan Allah tu setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Baik perkara yang baik mahupun buruk.Saya berasa begitu kerana saya juga merupakan budak PDT. Syukran Jazila :)
Wednesday, 17 September 2014
Result.
Haaaaa. Ni nak habaq ni. Pasal result. Teramatlah LAME. Memalukan. 1A1A-1B1D+1D. Apa tu? English tak termasuk. So tolak 1A tu. So tu je result yang tinggal. Bila kira CGPA 2.41 je. Ya Allah. Mungkin tu je takat usaha aku. Nak kata tak belajar, belajar. Takbuat latihan? Buat siap pi consult lagi tu. Tapi bila time exam je semua jadi blur sokmo. Time tutor time kuliah boleh jawab dengan mudahlah orang kata. Time exam terur jadi tah apa apa. Maybe ni badi bagi aku. Tertakdir dengan nombor 2. Dari UPSR sampai ke matriks, result aku mesti ada 2 je A nya.Ceh, kononnya nak challenge si Ejoy lah pasal result. Tapi tak pernah dapat nak atasi dia. Result dia excellent. 2A2A-1C. Pandainya kau. Aku siap kira lagi pointer dia. Lebih kurang dalam 3.46 gitulahhh. Kenapa aku asyik je kalah dengan dia? Usaha aku tak mencukupi rasanyaaa. Tapi kaklong sendiri kata, kalau first sem memang susah sikit nak catch up. Then time PSPM kena pulun habih. Kaklong dulu lagilah. Boleh dikatakan 24/7 ngadap buku. Matriks dulu dengan sekarang lain. Dulu mana ada PDT. Kaklong dulu express. Setahun setengah je. Dia faham lah situasi aku macam mana. Nak buat macam mana kan? Lepas ni date dengan lecturer dengan buku jelah jawabnya. Makkkkkk!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hisashiburi, minna!
Assalamualaikum, lama nak mamp0s tk update blog huhu. Apa khabar sobat? Saya sihat sahaja ini. Dah 2025 bai. Banyak tahun dah aku harungi d...
-
Keluarga Tercinta. Assalamualaikum. AllahhumassalialaihiMuhammad. Walaupun aku lelaki, aku pun rindu family aku gok. Tapi setakat...
-
Hmmm. Dah boleh count dah actually berapa hari je lagi nak PSPM. Al-fatihah dekat diri sendiri sebab taksedar sedar lagi PSPM just around th...
-
Hai gais. Lama gila bapak tak update blog. Hahahahahahahaha. Last update sem2 lol. Sekarang dah habis matriks k. Tak lama je lagi result u...