Friday 20 October 2017

Friendzone-d

Assalamualaikum pepol. Hisashiburi. Lama tk ngupdate ini blog, berabuk sudah. Hihihi. Korang apa khabar? Sihat ke? Kalau sihat tu Alhamdulillah la. Bro sihat walafiat ye. Sampaikan seluar dengan baju habis sempit. Aiyoooo. Bro nak luahkan perasaan je guys. Pendam sorang ni sakit jadinya kahkahkah. So korang la jadi tempat luahan hati bro. Ceritanya cam gini :-


Bro ada minat sorang awek ni. Nama //////////////. Bro jumpa dalam group tarian bro which is Citra Daksina. Dimana group tarian ni memartabatkan kebudayaan melayu melalui tarian guys. Orangnya comel aje. Rendah dan putih. Memang kalau korang tengok pun cair kot. Bro actually dah tahu yang dia dah berpunya. Tapi, tulah. Try hard sangat. Rasanya start training ATS(Anugerah Tokoh Siswa) kitorg rapat. Sebab ingat lagi yang bro pergi training pakai topi MPPB KMPP tau. Then dia tanya,

Dia: "Topi siapa kmpp ni?"
Bro: "Topi aku, asal weh?"
Dia: "Lah kau kmpp ke dulu fafak?"
Bro: "Haah kmpp. Asal kau kmpp gak ke?"
Dia: "Lol. Haah la aku kmpp. La asal tkpernah perasan do"
Bro: "Yelah dulu muka noob mana nak perasan. Hahahaha kecik je dunia ni"

Start sini kot kitorg rapat. Tapi masa tu tkdela kerap sangat ws. Rasanya la kalau tksilap bro, start kitorg selalu ws is masa NLKO. Show kt Sri Pentas. Memang tbh, selalu gila kitorg ws. Kira cam dah kenal la hati budi masing-masing. Oh and satu lagi, bro revealed diri bro yg sebenar dekat budak-budak CD je. Yang lain hahahahahaha sendu. And ada satu harini, dia gi langkawi dengan family dia. Bro mintak ah dia beli chocolate kt Langkawi, ye ah kt Langkawi chocolate murah bapak kot. Kedai mende tah nama dia  hahahahahaha. Bro tk expect eh dia beli satu beg size goodies tu. And ada keychain Langkawi dalam dia. Lol. Dia kata dia malu nak bagi sebab cam sikit sangat chocolate nya. Walhal banyak kot hahahahaha. Keychain tu bro letak dekat kunci bilik, which bro selalu pegang bila nak bukak pintu bilik. Erti kata lain, bro selalu tengok ah kunci tu. Memorable kot. Dan sebagai balas, bro belikan dia jam warna torquise dekat openday KTR ritu. Aku ni jenis manusia yang bila minat someone, ill give something that they can use and wear. Supaya bila diorg tgk, diorg ingat muka aku hahahahahaha. 

Then, ada satu hari tu.Aku dengan adalah beberapa budak CD gi Expo Johor Berkemajuan dekat Nusajaya. Malamtu lepak kt Starbucks Puteri Harbour. Malam tu la dia ws something yang betul-betul lukakan hati aku.

Dia: Weh aku bagi kau harapan ke?
Aku: Eh mana ada. Aku tkpernah anggap pun camtu (lol biarpun aku berharap gila babi time tu)
Dia: Tkdelah. Bila kau ws guna sayang, aku tk respond sebab aku tkbiasa
Aku: Eh tkpela. Hahahaha walaupun aku tahu hakikatnya nok. Kau tksuka aku pun tkpe weh
Dia: Aku suka kau, tapi sebagai kawan je. Kau pun faham kan?

Aku pun nak end conversation punya pasal

Aku: Hahahaha ok tkpe aku try slow2 eh

Dan dia reply cuma dengan emoji je lol. Tkpelah. Jangan la rasa bersalah. Yang bersalahnya aku. Dah tahu orang tu dah ada someone, ngada gak take risk. Untuk pengetahuan korang, ini bukan first time eh. Dah banyak kali dah. Dari zaman sekolah lagi. Jadi,

"Alah bisa, tegal biasa."

Bro dah lali dah dengan bende2 camni. So, sekarang ni dah jarang sangat ws dia. ws tu ws gak. Tapi tk sekerap dulu eh hahahaha. Dah maka tamatlah sesi luahan perasan saya insan yang lemah ini. Terima kasih for landing me your ears guys. Till next time. Jumpa lagiiiii!


TERIMA KASIH :-*

Wednesday 7 September 2016

Degree Of Industrial Chemistry

Assalamualaikum kawan kawan ku semua hihihihi. Alhamdulillah, kini aku melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Iaitu peringkat ijazah. Aku masih lagi tak percaya yang aku dah further study sekarang. Rasa macam mimpi tau hahahaha. Btw, semuanya dipermudahkan di sini. Kawan2 pdt pun ada dapat sini tapi susah nak jumpa diorg. Haritu je ada main basikal sama. Nak tercabut jugak lah lutut aku HAHAHAHA. Hm as we expected before. Life in University memang best. Tapi hakikatnya, stress gila bapak. Aku baru je start class tak sampai seminggu dah rasa stress macam belajar bertahun lamanya. Entah. Culture shock maybe. Yelah dekat matriks dulu semua suapan dari lecturer. Sekarang life uni semua kena berdikari. Homesick takyah cerita lah. Banyak kali dah. Tapi aku agak 2 bijak untuk kendali homesick yg boleh dikira sebagai hobi jugak lah 😂

Oh btw, course ni memang aku minat sebab ada related dengan chemistry. But, permulaan syllabus topik sem1 sem2 kot. Mana nak ingat. Bila lecturer suruh present, sumpah aku blank habis. Aku tkpernah bercakap lagi setakat ni dalam presentation. And course aku  ni tak ramai lelaki so kami yg 7orang lelaki ni boleh dikatakan selalu jadi target lecturers tau adei. Pupus betul lelaki dalam course ni. Kau bayangkan eh. Satu class ni nama dia Inorganic Chemistry by Dr Sheela. Dia masuk2 je kelas terus suruh present tau. Yes she did told us baca dulu sebelum masuk kelas. Dia expect kitorg ingat lagi agaknya so dia proceed je lah class tu. Group aku diberi topik yg sangat kecil je. Walaupun kecil, susah bapak nak explain do. Siyes ah. Aku takleh brain do cara Dr Sheela pakai. Takley ikut.......

Serabut ah do. K ah gerak luh pape roger k. Assalamualaikum 😘

Friday 5 August 2016

Hai gais. Lama gila bapak tak update blog. Hahahahahahahaha. Last update sem2 lol. Sekarang dah habis matriks k. Tak lama je lagi result upu, usm, um apa segala jadah tu keluar. Aku pun biasa lah. Cuak tak memasal. Mula lah rasa nak berak, nak muntah lah sakit perut lah lol. Sekarang ni sugul sebenarnya. Nak pilih usm ke upm. Usm tu course sedap kot (polimer engineering) nyesal gila tak apply course ni dekat upm hahahahaha. Takpe lah i redha jela. Sekarang ni kat luar ni. Pergh nak cerita lagi satu hal. Sijil muet i hilang. Seb baik sempat gi mpm (majlis peperiksaan malaysia) kalau tak tu takmasuk uni lah gamaknya. Yknow what? Penyata+sijil overall RM60 pergh kopak abang. Baru je dapat duit tau time tu. Dah habis bodo gitu je. Dengan beli topup lagi huh. Kk gerak lu paper roger. Sampai sini je dulu tau. Nak main pokemon jap. Bye 😂

Tuesday 2 December 2014

SEM II


 Lanje sikit gambar semII(Biarpun tadi selfie kahkahkah)



Well, pejam celik pejam celik dah masuk semII dah dekat kmpp ni wei. Kejap je rasa. Macam baru semalam daftar kahkahkah. Now, menghitung hari nak dapat result. 10/12/2014 tarikh keramat result tubik bohh. Tipulah kalau kata tak takut kan. Nilah kayu ukur atas apa yang aku belajar selama ni. Begitu juga dengan cara lecturers mengajar. Gentle. Takut rasanya wei. Kita bukan tuhan nak tahu persepsi orang ke atas kita.Persepsi ibu bapa. Persepsi kawan kawan. Persepsi lecturers. Hmmm. Entahla nak. Aku dah buat yang terbaik pun PSPM1. Tawakal je tinggal. Usaha sudah. Doa sudah. Commonly, tawakal jelah tinggal. Harapnya dapatlah pointer yang aku idamkan. Dapatla pointer atas 3.5 pun jadila. Walaupun begitu, takdapatla 4rata yang aku puja selama ni masa kira PNGK nanti. Hahahaha sebenarnya dah lama ngat tak update blog. So update la ni jam. Biarpun time amali Science Computer. Hahahahaha. Sorry Mrs. Hishami curi masa nak update blog. Cikgu tak marah kan? :P Hahahahaha

Wednesday 15 October 2014

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

Hmmm. Dah boleh count dah actually berapa hari je lagi nak PSPM. Al-fatihah dekat diri sendiri sebab taksedar sedar lagi PSPM just around the corner. Ahhhhhhhhhhhhhhhh! Kenapalah? Rasanya macam mustahil je nak dapat 4flat ni. Aku masih tak yakin lagi ni yang aku boleh perform ke tak PSPM1 ni. Takut doh.Entahlah nak. NAk taknak kena jugaklah acacah sedarkan diri nak dekat PSPM ni haaa. Rasa macam buang tebiat pulak bangun tetengah malam pepagi buta study. Padahal banyak je masa nak study. Heh. Aku anggap masa yang panjang pepetang lepas habis kelas tu masa tidur aku. Kahkahkah. Yelah. Malam nak bangun lagi. Mampuih lah aku kalau taktidur "sekejap". Memang nak bangun study tu, tak tentu hala lah kalau tak tidur. But, ambisi aku selama dekat sini, aku nak challenge pointer budak H. Aku akan buktikan bahawa budak F lebih baik berbanding dengan budak H dengan budak K. Challenge pointer kaklong lagi. Entahlah. Approximately about 11 hari lagi. Tolak mandi makan minum main internet lagi. Tinggal berapa hari je. Tolak lagi cuti. Haaaaa memang berapa hari jelah. Serious. Berapa hari nak PSPM dah boleh kira pakai jari dah. Dahlah. Sampai disini sahaja lah. Assalamualaikum :)

Thursday 9 October 2014

Hati.

Well. Aku selalu bermasalah dengan hati. Since dari dulu lagi aku selalu jadi orang tengah. Sakit wei sebenarnya jadi orang tengah.Asalnya dulu nak jadi orang tenagh sebab aku suka dekat budak perempuan tu. In order nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan kawan lelaki yang lain. Kebetulan budak lelaki tu kawan baik bakhang. Well, seriously, hilang rasa suka tu. Then dulu time kerja pizza. aku suka budak nama Aida. Then nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan budak kitchen. Hazwan. Aida tu budak service sama dengan aku. Now pun sama juga. Aku taknak lah mention nama. Bila aku nampak, rasa sakit hati gila. Ayat tu kalau boleh nak sehabis manis walaupun main drum tanpa kayu dia(hahahaha fefaham jelah ibarat bertepuk sebelah tangan kan tak berbunyi. Ni main drum tapi takde kayu ha gitulah nok). Sedarlah nak. Jangan yang dikejar takdapat, yang dikendong berciciran. Aku naik meluat bila dengar. Ada satu malam tu, pukul 2.00pagi. Serious lah. Memang spoil. Aku fed up, aku bangun pergi study. Lepastu diam seribu bahasa. Aku takbercakap langsung dengan sesiapa biarpun rumet aku taktidur lagi. Well, meng-anti sosial kan diri lah katakan. Dah tengah marah kan, aku malas nak bercakap. Kang takpasal pasal budak tu kena marah dengan aku. Lepastu, pagi tu bangun lambat. Mengelupur bangun  pergi mandi. Dahlah malam tu spoil sebab alarm Hafiz, dengan ko lagi. Dengan keling memekak dekat C5. Bercakap tu kalau boleh nak satu KMPP ni dengar. Kepala hotak ko. Memang kira tu hari suir lah katakan. Then ambil keputusan ajak syafiqa pergi makan dekat LV. Aku makan nasi pataya dengan 3biji burger. Yelah aku stress melantak. Hahahaha. Aku luahkan perasan dekat syafiqa. Yelah syafiqa macam ustazah kit en. So ustazah kit en. So dia pesan, baca doa tu seikhlas hati, baca Al-Quran tu. Then terdetik di otak, mungkin  doa aku tak diterima. Aku cakap dekat syafiqa. Then she say :

''Mungkin doa ko tak sampai kot. Maybe wudhuk ko tak sempurna, tak betul. Mandi wajib tak kena cara 
 ke."


Lepas tu dia sambung dengan lawak hambar dia. Memang kenalah gelaran Ratu Hambar tu dengan dia (Hahahaha)

"Kau nampak apa eh Fakhrul dekat tasik tu?"


Aku pun jawab semula :

"Takdek apa pun yang aku nampak wei. Kenapa?"

Dia jawab semula :
"Dah tentu tentulah ada ikan aduu hang ni ( angkat tangan sign "apalah")

Aku macam terfikir. Apa kena mengena perasan aku dengan ikan dalam tasik?! Hahahaha syafiqa ratu hambar sekali dengan merepek. Entahlah. Aku  ni jenis cepat naik angin.  Line internet lembab pun rasa macam nak campak phone tu ke tingkat bawah. Dengar lagi pulak ko bergayut ke mende whatsapp sengih sensorang. Rasa sakit hati. Yelah mana taknya. Whatsapp dengan orang yang kita pernah suka. Walaupun kita suka bebiasa je sekarang takmacam dulu. Still lagi sakit hati bila orang lain whatsapp dengan orang yang kita pernah suka dulu. Entahlah nak. Aku pun kekadang takfaham dengan diri sendiri. Pelik. Dahlah melalut je menaip. Hahahaahaha. Blog aku ikut suka aku lah kan? Wkwkwkwwkwk Assalamualaikum. Chaw dulu :)

Wednesday 24 September 2014

Luahan Hati.

PST & PDT




Assalamualaikum. Syukur masih berupaya menghirup oxygen di dunia ni. AllahhumassalialaihiMuhammad. Kenapa perlu ada border antara kami PDT dengan PST? Dengar cerita ada budak PST ACCOUNT memperkotak katikkan PDT? Kami punya subject lagi complicated berbanding dengan account tu. Apalah masalahnya nak bash bash orang? Kami takpernah pun nak bash korang kan? BUkan je Account, PST Science pun ada gok yang merendahkan PDT. Alah ada je budak dari PDT yang 7A tapi 1D. Yang membezakan kita cuma addmath je. Yang dari PST, ada je dapat 2A tapi addmath tu atas daripada C. Masuk je PST. Jadi tiada apa yang membezakan kita. Jadi takperlu lah nak berlagak sangat kalau korang dekat PST. Amende lah. Ukhwah tu terletak di mana? Cuba fikir. Kita ni sesama umat Islam umat Muhammad SAW. Mana terletaknya Ukhwah itu? Orang kata, hidup jangan nak riak sangat. balasan Allah tu kita tak tahu macam mana dan dalam bentuk apa. Jadi fikir sebelum bertindak. Aku yakin. Ada gok cikgu yang memandang serong budak budak PDT. Kami bukan anjing kurap ye. Kita sesama manusia. Dari tanah jugak kita kan? Kenapa nak pandang serong ye?Sampai ke tahap cikgu nak pandang serong takboleh nak kata apa lah. Kami belajar 15bab PST belajar cuma separuh dari kami. Kami belajaq lagi mendalam. Cikgu PDT sendiri cakap yang lambat laun budak budak PST akan datang study dengan budak PDT nanti. Takpelah. Orang baling taik kita balas balik dengan bunga. Susah rasanya nak jumpa orang yang bila dibaling taik, nak baling bunga semula. Odd. Kalau aku sendiri, bila orang baling taik kucing, taik gajah aku suap dalam mulut hang. Hahahahahaha. Emo kit. Sorry lah. Siapa takrasa naik angin bila orang pandang rendah, perkotak-katikkan kita. Cuba jawab. Kalau chualls pun, confirm naik angin gok. Gitulah aku. Rasa nak pi tumbuk muka manusia yang pandnag rendah budak budak PDT ni. Ingat. Balasan Allah tu setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Baik perkara yang baik mahupun buruk.Saya berasa begitu kerana saya juga merupakan budak PDT. Syukran Jazila :)

Friendzone-d

Assalamualaikum pepol. Hisashiburi. Lama tk ngupdate ini blog, berabuk sudah. Hihihi. Korang apa khabar? Sihat ke? Kalau sihat tu Alhamdulil...