Tuesday 2 December 2014

SEM II


 Lanje sikit gambar semII(Biarpun tadi selfie kahkahkah)



Well, pejam celik pejam celik dah masuk semII dah dekat kmpp ni wei. Kejap je rasa. Macam baru semalam daftar kahkahkah. Now, menghitung hari nak dapat result. 10/12/2014 tarikh keramat result tubik bohh. Tipulah kalau kata tak takut kan. Nilah kayu ukur atas apa yang aku belajar selama ni. Begitu juga dengan cara lecturers mengajar. Gentle. Takut rasanya wei. Kita bukan tuhan nak tahu persepsi orang ke atas kita.Persepsi ibu bapa. Persepsi kawan kawan. Persepsi lecturers. Hmmm. Entahla nak. Aku dah buat yang terbaik pun PSPM1. Tawakal je tinggal. Usaha sudah. Doa sudah. Commonly, tawakal jelah tinggal. Harapnya dapatlah pointer yang aku idamkan. Dapatla pointer atas 3.5 pun jadila. Walaupun begitu, takdapatla 4rata yang aku puja selama ni masa kira PNGK nanti. Hahahaha sebenarnya dah lama ngat tak update blog. So update la ni jam. Biarpun time amali Science Computer. Hahahahaha. Sorry Mrs. Hishami curi masa nak update blog. Cikgu tak marah kan? :P Hahahahaha

Wednesday 15 October 2014

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.

Hmmm. Dah boleh count dah actually berapa hari je lagi nak PSPM. Al-fatihah dekat diri sendiri sebab taksedar sedar lagi PSPM just around the corner. Ahhhhhhhhhhhhhhhh! Kenapalah? Rasanya macam mustahil je nak dapat 4flat ni. Aku masih tak yakin lagi ni yang aku boleh perform ke tak PSPM1 ni. Takut doh.Entahlah nak. NAk taknak kena jugaklah acacah sedarkan diri nak dekat PSPM ni haaa. Rasa macam buang tebiat pulak bangun tetengah malam pepagi buta study. Padahal banyak je masa nak study. Heh. Aku anggap masa yang panjang pepetang lepas habis kelas tu masa tidur aku. Kahkahkah. Yelah. Malam nak bangun lagi. Mampuih lah aku kalau taktidur "sekejap". Memang nak bangun study tu, tak tentu hala lah kalau tak tidur. But, ambisi aku selama dekat sini, aku nak challenge pointer budak H. Aku akan buktikan bahawa budak F lebih baik berbanding dengan budak H dengan budak K. Challenge pointer kaklong lagi. Entahlah. Approximately about 11 hari lagi. Tolak mandi makan minum main internet lagi. Tinggal berapa hari je. Tolak lagi cuti. Haaaaa memang berapa hari jelah. Serious. Berapa hari nak PSPM dah boleh kira pakai jari dah. Dahlah. Sampai disini sahaja lah. Assalamualaikum :)

Thursday 9 October 2014

Hati.

Well. Aku selalu bermasalah dengan hati. Since dari dulu lagi aku selalu jadi orang tengah. Sakit wei sebenarnya jadi orang tengah.Asalnya dulu nak jadi orang tenagh sebab aku suka dekat budak perempuan tu. In order nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan kawan lelaki yang lain. Kebetulan budak lelaki tu kawan baik bakhang. Well, seriously, hilang rasa suka tu. Then dulu time kerja pizza. aku suka budak nama Aida. Then nak hilangkan rasa suka tu, aku kenengkan dengan budak kitchen. Hazwan. Aida tu budak service sama dengan aku. Now pun sama juga. Aku taknak lah mention nama. Bila aku nampak, rasa sakit hati gila. Ayat tu kalau boleh nak sehabis manis walaupun main drum tanpa kayu dia(hahahaha fefaham jelah ibarat bertepuk sebelah tangan kan tak berbunyi. Ni main drum tapi takde kayu ha gitulah nok). Sedarlah nak. Jangan yang dikejar takdapat, yang dikendong berciciran. Aku naik meluat bila dengar. Ada satu malam tu, pukul 2.00pagi. Serious lah. Memang spoil. Aku fed up, aku bangun pergi study. Lepastu diam seribu bahasa. Aku takbercakap langsung dengan sesiapa biarpun rumet aku taktidur lagi. Well, meng-anti sosial kan diri lah katakan. Dah tengah marah kan, aku malas nak bercakap. Kang takpasal pasal budak tu kena marah dengan aku. Lepastu, pagi tu bangun lambat. Mengelupur bangun  pergi mandi. Dahlah malam tu spoil sebab alarm Hafiz, dengan ko lagi. Dengan keling memekak dekat C5. Bercakap tu kalau boleh nak satu KMPP ni dengar. Kepala hotak ko. Memang kira tu hari suir lah katakan. Then ambil keputusan ajak syafiqa pergi makan dekat LV. Aku makan nasi pataya dengan 3biji burger. Yelah aku stress melantak. Hahahaha. Aku luahkan perasan dekat syafiqa. Yelah syafiqa macam ustazah kit en. So ustazah kit en. So dia pesan, baca doa tu seikhlas hati, baca Al-Quran tu. Then terdetik di otak, mungkin  doa aku tak diterima. Aku cakap dekat syafiqa. Then she say :

''Mungkin doa ko tak sampai kot. Maybe wudhuk ko tak sempurna, tak betul. Mandi wajib tak kena cara 
 ke."


Lepas tu dia sambung dengan lawak hambar dia. Memang kenalah gelaran Ratu Hambar tu dengan dia (Hahahaha)

"Kau nampak apa eh Fakhrul dekat tasik tu?"


Aku pun jawab semula :

"Takdek apa pun yang aku nampak wei. Kenapa?"

Dia jawab semula :
"Dah tentu tentulah ada ikan aduu hang ni ( angkat tangan sign "apalah")

Aku macam terfikir. Apa kena mengena perasan aku dengan ikan dalam tasik?! Hahahaha syafiqa ratu hambar sekali dengan merepek. Entahlah. Aku  ni jenis cepat naik angin.  Line internet lembab pun rasa macam nak campak phone tu ke tingkat bawah. Dengar lagi pulak ko bergayut ke mende whatsapp sengih sensorang. Rasa sakit hati. Yelah mana taknya. Whatsapp dengan orang yang kita pernah suka. Walaupun kita suka bebiasa je sekarang takmacam dulu. Still lagi sakit hati bila orang lain whatsapp dengan orang yang kita pernah suka dulu. Entahlah nak. Aku pun kekadang takfaham dengan diri sendiri. Pelik. Dahlah melalut je menaip. Hahahaahaha. Blog aku ikut suka aku lah kan? Wkwkwkwwkwk Assalamualaikum. Chaw dulu :)

Wednesday 24 September 2014

Luahan Hati.

PST & PDT




Assalamualaikum. Syukur masih berupaya menghirup oxygen di dunia ni. AllahhumassalialaihiMuhammad. Kenapa perlu ada border antara kami PDT dengan PST? Dengar cerita ada budak PST ACCOUNT memperkotak katikkan PDT? Kami punya subject lagi complicated berbanding dengan account tu. Apalah masalahnya nak bash bash orang? Kami takpernah pun nak bash korang kan? BUkan je Account, PST Science pun ada gok yang merendahkan PDT. Alah ada je budak dari PDT yang 7A tapi 1D. Yang membezakan kita cuma addmath je. Yang dari PST, ada je dapat 2A tapi addmath tu atas daripada C. Masuk je PST. Jadi tiada apa yang membezakan kita. Jadi takperlu lah nak berlagak sangat kalau korang dekat PST. Amende lah. Ukhwah tu terletak di mana? Cuba fikir. Kita ni sesama umat Islam umat Muhammad SAW. Mana terletaknya Ukhwah itu? Orang kata, hidup jangan nak riak sangat. balasan Allah tu kita tak tahu macam mana dan dalam bentuk apa. Jadi fikir sebelum bertindak. Aku yakin. Ada gok cikgu yang memandang serong budak budak PDT. Kami bukan anjing kurap ye. Kita sesama manusia. Dari tanah jugak kita kan? Kenapa nak pandang serong ye?Sampai ke tahap cikgu nak pandang serong takboleh nak kata apa lah. Kami belajar 15bab PST belajar cuma separuh dari kami. Kami belajaq lagi mendalam. Cikgu PDT sendiri cakap yang lambat laun budak budak PST akan datang study dengan budak PDT nanti. Takpelah. Orang baling taik kita balas balik dengan bunga. Susah rasanya nak jumpa orang yang bila dibaling taik, nak baling bunga semula. Odd. Kalau aku sendiri, bila orang baling taik kucing, taik gajah aku suap dalam mulut hang. Hahahahahaha. Emo kit. Sorry lah. Siapa takrasa naik angin bila orang pandang rendah, perkotak-katikkan kita. Cuba jawab. Kalau chualls pun, confirm naik angin gok. Gitulah aku. Rasa nak pi tumbuk muka manusia yang pandnag rendah budak budak PDT ni. Ingat. Balasan Allah tu setimpal dengan perbuatan yang kita lakukan. Baik perkara yang baik mahupun buruk.Saya berasa begitu kerana saya juga merupakan budak PDT. Syukran Jazila :)

Wednesday 17 September 2014

Result.

Haaaaa. Ni nak habaq ni. Pasal result. Teramatlah LAME. Memalukan. 1A1A-1B1D+1D. Apa tu? English tak termasuk. So tolak 1A tu. So tu je result yang tinggal. Bila kira CGPA 2.41 je. Ya Allah. Mungkin tu je takat usaha aku. Nak kata tak belajar, belajar. Takbuat latihan? Buat siap pi consult lagi tu. Tapi bila time exam je semua jadi blur sokmo. Time tutor time kuliah boleh jawab dengan mudahlah orang kata. Time exam terur jadi tah apa apa. Maybe ni badi bagi aku. Tertakdir dengan nombor 2. Dari UPSR sampai ke matriks, result aku mesti ada 2 je A nya.Ceh, kononnya nak challenge si Ejoy lah pasal result. Tapi tak pernah dapat nak atasi dia. Result dia excellent. 2A2A-1C. Pandainya kau. Aku siap kira lagi pointer dia. Lebih kurang dalam 3.46 gitulahhh. Kenapa aku asyik je kalah dengan dia? Usaha aku tak mencukupi rasanyaaa. Tapi kaklong sendiri kata, kalau first sem memang susah sikit nak catch up. Then time PSPM kena pulun habih. Kaklong dulu lagilah. Boleh dikatakan 24/7 ngadap buku. Matriks dulu dengan sekarang lain. Dulu mana ada PDT. Kaklong dulu express. Setahun setengah je. Dia faham lah situasi aku macam mana. Nak buat macam mana kan? Lepas ni date dengan lecturer dengan buku jelah jawabnya. Makkkkkk!

Thursday 11 September 2014

Rindu.

Keluarga Tercinta.



Assalamualaikum. AllahhumassalialaihiMuhammad. Walaupun aku lelaki, aku pun rindu family aku gok. Tapi setakat ni takdelah homesick sebab dah sebulan setengah duduk PLKN BHR dulu. Well, dah besar kan dah matang, so taknak lah cakap. Kekadang tu call je mak nak tanya khabar. Tapi taknak lah cakap rindu. Malu.... Hahahaha. Cerita pasal PLKN pun kan. Aku rindu jugak isi isi dalam BHR tu. Terutama sekali, bebudak kompeni Delta lah. Banyak kot kenangan. Dekat situlah bermulanya peningkatan dalam kematangan diri. Menangis juga call mak ayah. Sebab time tu depa nak pi umrah. Dan time tu kes MH370 tu pulak. Lagi lah risau. Ayah baca doa yang dia akan baca depan Kaabah nanti. Satu persatu perkataan yang keluar dari mulut ayah. Terus menangis aku. Mak ayah pun mengangis. Pertama kali selama 18tahun aku hidup, aku denga ayah menangis. Demi Allah, aku menangis bagai nak rak. Sampau bebudak ni tanya kenapa time roll call malam. Nampak ngat muka lepas nangis. Time tu pulang phone dah. Sedih. Dan sekarang, masa untuk aku banggakan mak ayah aku. Since aku tak perform well masa PMR dengan SPM. Ayah mak, insyaAllah 4flat dan adik bawa balik Dean List nanti. Amin.

Wednesday 10 September 2014

New Invention.


APPLE : IPHONE







Apple Watch is no longer a rumor it’s a real thing and lucky for us its technology and design are voluminous than anticipated . Sure, Apple CEO Tim Cook wasn’t kidding when he said today could be one of the biggest day for the Cupertino based company. The all new coherently designed smartwatch marks a new era for the electronics leader and illustrate why Apple is called the innovation powerhouse in this market. Earlier the smatwatch was expected to be called iWatch but after official announcement it appears that it will be called Apple Watch.


The Apple Watch comes in three variants; the first one is simply called Apple Watch while the second one is a sport version named as Apple Watch Sport. The third version is been dubbed as “Special Edition” that comes with expensive features.
  Apple Watch edition 2 300x188 Apple Watch is Probably the Biggest Invention After iPhone 


First variant Apple Watch is designed to work closely with iPhone and it will be compatible with iPhone 6, iPhone 6 plus, iPhone 5s and iPhone 5. It comes in 18 different designs that boast fine stainless dial and leather or stainless still band.
     
  

On the other hand Apple Watch Sport is more of a funky version that features anodized aluminum cases paired with colorful bands. The third and probably the most expensive variant Apple Watch Edition boast shiny 18 Karat Gold cases in yellow and rose red.


Both the Plain “Apple Watch” and “Edition” variants come with Sapphire crystal coating while the sports version’s display is covered with Strengthened Ion-X glass.
Now, coming down to the more exciting part, the apps, Apple Watch can send customized emojis, keep track of your fitness over time. It has a stand ring that show how many times you take a break from sitting, excise ring and move ring tell you about your total movement throughout the day.
Apple Watch Sport 263x300 Apple Watch is Probably the Biggest Invention After iPhone


SERONOK BAKHANG!

 MATRIKULASI





Assalamualaikum kawan kawan semua. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini. Ku panjatkan selawatku kepada Nabi Muhammad SAW.

Well, dah nak masuk 4bulan dah aku dekat sini. Banyak dah ilmu yang aku kaut dekat sini. Chemistry is the best subject yang aku pernah suka. Dari sekolah lagi tu subjek paveret. Dekat sini, dapat jugak kawan kawan baru, dulu aku selalu fikir mesti takdapat survive punya kalau pi belajaq dekat matriks ni. Tapi sebab dah takde pilihan lain, terpaksalah masuk matriks. But not badlah matriks ni, Alhamdulillah boleh bawak. Dulu pernah juga terfikir kalau PSPM1 teruk, aku nak keluar pi Universiti lain. Tapi, sekarang boleh bawa dah. So, stay je dekat sini. Mak ayah pun encourage aku supaya tetap pada pendirian sendiri. So, this is my decision. Satu je target aku sekarang. Aku nak buktikan bahawa budak yang SPM dia cuma 2A boleh dapat Empat Rata dan Dean List. Amin!

Friendzone-d

Assalamualaikum pepol. Hisashiburi. Lama tk ngupdate ini blog, berabuk sudah. Hihihi. Korang apa khabar? Sihat ke? Kalau sihat tu Alhamdulil...